Sinopsis Queen Of Katwe

Mengisahkan sebuah kisah sebenar mengenai kehidupan Phiona Mutesi, seorang gadis dari Uganda yang tinggal di sebuah daerah di Kampala. Beliau meminati permainan catur dan memperlajarinya sehingga terpilih ke peringkat Woman Candidate Master selepas memenangi pada kejohanan Olimpiad Catur Dunia.[7]Kehidupannya Phiona Mutesi (Madina Nalwanga) seorang gadis 10 tahun yang tinggal bersama keluarganya di perkampungan Katwe yang hidup dalam kemiskinan. Kehidupannya mulai berubah apabila beliau bertemu dengan Robert Katende (David Oyelowo) di dalam sebuah progam anjuran sekolahnya. Katenade merupakan jurulatih bagi sukan bola sepak dan ditugaskan di sekolah itu untuk mengajar dan melatih para pelajarnya bermain catur. Di antara ramai para pelajar di situ, Phiona menunjukkan minat yang mendalam terhadap sukan tersebut. Beliau berusaha mempelajarinya dan menjadi murid kesayangan Katenade dengan harapan bakal menjadi terkenal melalui tunjuk ajar gurunya. Beberapa tahun kemudian, Phiona berjaya memenangi pelbagai kemenangan di kejohanan catur peringkat tempatan. Beliau akhirnya terpilih ke peringkat tertinggi iaitu kejohanan Olimpiad Catur Dunia. Beliau mulai menjadi tertekan ekoran harapan yang tinggi yang diharapkan dari penduduk di kampungnya mengharapkan kemenangan yang berprestij itu mesti dimenangi oleh Phiona. Dengan kemenangan ini, kehidupannya akan berubah sepenuhnya dan beliau mampu membawa keluarganya keluar dari lembah kemiskinan terutama ibu dan adik betadiknya.

Rujukan

WikiPedia: Queen Of Katwe http://www.boxofficemojo.com/movies/?id=queenofkat... http://deadline.com/2015/01/david-oyelowo-lupita-n... http://deadline.com/2016/07/toronto-to-open-with-t... http://movies.disney.com/queen-of-katwe http://www.hollywoodreporter.com/news/disneys-davi... http://www.imdb.com/title/tt4341582/ http://www.impactmania.com/article/phiona-mutesi-c... http://www.metacritic.com/film/titles/queen-of-kat... http://www.rottentomatoes.com/m/%7B%7B%7Bid%7D%7D%... http://www.vanityfair.com/hollywood/2015/08/lupita...